Tuesday, May 2, 2017

Jelajah CSR PPTD: Misi Al-Quran Braille Putrajaya-Bangkok 2017

JELAJAH CSR PPTD: MISI AL-QURAN BRAILLE PUTRAJAYA – BANGKOK 2017.
jelajah csr pptd
Jawatankuasa Kebajikan PPTD Malaysia di bawah inisiatif #pptdcsr telah melancarkan Tabung Sumbangan Waqaf Al-Quran Braille kepada semua dermawan yang berminat untuk mewaqafkan satu set  Al-Quran Braille. Program murni ini adalah bagi membantu muslimin dan muslimat yang cacat penglihatan untuk membaca Al-Quran.
Satu set Al-Quran Braille ini mengandungi 6 buah jilid. Setiap jilid pula mengandungi 5 juzuk. Kesemua 6 buah jilid ini akan membentuk satu Al-Quran Braille yang lengkap.
Untuk sumbangan waqaf, satu set Al-Quran Braille ini boleh diwaqafkan pada harga RM250.00. Bagi pakej ekonomi, mereka yang ingin membantu juga boleh memilih untuk mewaqafkan satu jilid Al-Quran Braille sahaja iaitu pada harga RM41.65.

Jelajah CSR PPTD: Misi Al-Quran Braille Putrajaya-Bangkok 2017

Kesemua sumbangan Al-Quran Braille ini akan diedarkan  semasa siri Jelajah CSR PPTD Malaysia yang dijadualkan 26 April 2017 nanti. Konvoi amal ini akan melalui perjalanan sejauh hampir 1500km dari Putrajaya ke Bangkok menggunakan jalan darat. Misi ini melibatkan lebih kurang 12 kenderaan dan 52 sukarelawan dari pelbagai jabatan dan juga media.
Sebarang sumbangan bagi waqaf AL-QURAN BRAILLE ini bolehlah disalurkan kepada akaun bank berikut:
PPTD MALAYSIA
CIMB BANK
8001 27 9798
Untuk maklumat lanjut berhubung program CSR ini boleh berhubung dengan :
KHAIRUL AZAR OMAR
+60 19-366 4087
HJ. AZMAN MAAROF
+60 12-655 4008